Aug 20, 2011

UNTUK ADIK ANIS SOFEA ( Puteri PapaBurn )

Terdetik sedih
tersentuh perih
bila melihat kesukaranmu
adalah nikmat ketabahan
yang tiada tolok bandingan..

Dari kejauhan
hanya iringan doa diiringkan
agar dirimu bisa tersembuhkan
dari tempoh dugaan
yang tiada mungkin tertahan..

Namun di suatu hari
pasti senyummu kembali menyeri
menceriakan setiap hati
bahawa deritamu.. pasti berakhir
dan senyuman riang..akan terukir di bibir..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[10/8/2011]