Aug 20, 2011

SEDETIK ITU

Sedetik itu
adalah detik hitam
saat yang menyeksakan
bila takdir telah menentukan
aku tercampak disudut penderitaan..

Sedetik itu
kegembiraanku hilang
pergi bagai bayang-bayang
bila siang dan malamku dalam debaran
terperangkap di dalam sihir hitam..

Sedetik itu
aku memiliki kenangan
bila kesah silam
ditinggal sebagai kepahitan
bahawa aku adalah pilihan 
untuk Ujian Tuhan..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..