Aug 20, 2011

SUATU SAAT

Suatu saat
bila kemesraan ini terhenti
itu bermakna aku tiada lagi
semua cinta akan pergi
semua rindu akan lenyap sendiri
saat hati dan jiwa diserah kepada Illahi..

Suatu saat
engkau kenangkanlah kenangan
bahawa semalam adalah detik berkasih sayang
saat aku engkau belai sayang..
abadikanlah cinta untuk selamanya..jangan hilang..
hingga rindu mengakhiri usia dalam kematangan..

Suatu saat
bila terbuka gerbang hati
kita akan bersua lagi
dan akan terlahirlah kasih suci yang abadi
bahawa engkau dan aku akan menyatu lagi
untuk bercinta..
dan bermesra.. hingga ke akhir nanti..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[15/8/2011]