Aug 20, 2011

AKU YANG TANPA CINTA

Tanpa cinta
diri tiada keriangan
jiwa cukup kekosongan
hati turut ketandusan
perasaan juga kekeringan..

Kerana.. tiada apa-apa
yang perlu aku rinduku
tiada apa-apa yang hendak aku fikirkan
dikala diri di dalam keseorangan
sewaktu kesepian dirundung kesunyian
mencengkam di lubuk hati yang dalam
di ruang diri yang suram..

Kini lamunanku telah terhenti
pada satu cinta yang tiada lagi
atau tidak pernah aku pun temui
dalam satu ungkapan kata..

" Cinta Sejati..dan Abadi.."

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[12/8/2011]