Nov 8, 2011

~ CAHAYA KASIH-MU...

Engkau,
telah terangi setiap langkahku
cahaya kasihMu
menerangi gelap lorong-lorong rindu.

Engkau,
iringi perjalananku
dengan cahaya kasih
yang tidak terbanding
syukurku kepadaMu...
...Ya Rabbi
wujudku..kerana kebesaranMu
yang suci.

Cahaya kasih yang Engkau beri...
...aku bersyukur
tiada pernah aku menyimpang
selain dari jalan kebenaran
atas setiap jalan yang Engkau terangi.

Cahaya kasihMu...
...telah mengiringi
syukurku kepada kebesaranMu
...Ya Illahi..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[8/11/2011]

~ PUISIKU PUISIMU...

Puisiku puisimu
berlainan irama dan lagu
walau sama-sama mendayu
puisimu kubaca dan kubelek
tanpa jemu.

Berpuisilah
cara kita pasti berbeza
namun setiap puisi
penuh rahsia dan makna
semuanya kusanjung
tidak terhingga nilainya
tiada terhitung dek harga.

Indahnya bait puisimu
tidak terbanding dek puisiku
namun kupunya caraku
berpuisi mengikut irama hati
dan jiwa yang berlagu
namun puisimu
tetap kutunggu
setiap masa dan waktu.

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[8/11/2011]

~ SALAHKU SILAPMU..

~ Salahku kerana suka meneka
silapmu kerana suka mentafsir
sedang kebenaran
terpapar sudah
tiada apa-apa pun yang parah.

Kuperbetulkan silapku...
...kemaafan ku pinta
kau perbetulkanlah kesilapanmu...
...kusedia memaafkan.

Andai hanya kerana perselisihan
sekadar bisikan syaitan
sudahlah..
sama-sama kita berserah.~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[8/11/2011]

~ KUPOHON PADA RINDU...

Kupohon pada rindu
jangan pernah pergi berlalu
meninggalkan aku
terkapai-kapai
tanpa haluan.

Bahasa rindu
yang pernah kau ucapkan dahulu
masih terbuku di sudut kalbu
tersimpan rapi di ruang hati.

Aduhai,
asyiknya cinta
hanya kita yang merasa
biar selamanya menjadi rahsia
pada sebuah nostalgia
yang kita ciptakan.

Sekali lagi kupohon pada rindu
sediakanlah ruang temu
agar rindu bisa terungkai
bila mata bertentangan mata
untuk kali yang seterusnya
menyatu di mahligai cinta..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[8/11/2011]

~ AIRMATA YANG BERKACA...

~ Menitislah
titis-titis jernih airmata
pada sujud syukurMu..
...Aku pasrah
jika ketentuanMu adalah milikku
yang tidak sesekali dapat kutepis
walau sesaat.

Aku tidak akan mampu apa pun
selain menitiskan airmata pilu
saat kebesaranMu kusedar
di saat kesilapanku sebagai manusia
tidak pernah dapat kuhindar.

Di genangan airmata yang berkaca
hanya doa keampunanMu
yang mampu kupinta
...Oh Dia.!~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[8/11/2011]

~ AKAN KUUKIR CINTA..

~ Aduhai...
dengarkanlah bisikanku nan sayu
sewaktu aku berada di tepian pantai
telah kuukir namamu
dengan sebentuk cinta
untuk kuabadikan
walau akhirnya dihanyut dek ombak
ia akan terus melekat di hatiku nan satu
bersama kuntuman cinta
yang kian mekar di jiwaku.

Aduhai..andai kau tahu
ketulusanku mengharapkan kasihmu
pasti aku
dikau tidak akan persiakan
walau sesaatnya waktu.

Jangan pernah meninggalkan rindu
yang kian sarat terbuku
di jiwaku dan di jiwamu
kerna telah kuukir namamu
setiap pelusuk pantai rindu
aduhai....kekasih hatiku..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[8/11/2011]

~ KULALUI SEPI SEORANG DIRI...

Tadi pagi
kulalui tangga sepi
tanpa menoleh ke belakang
kerana segala kenangan
telah aku tinggalkan
semusim yang lalu.

Engkau,
yang pernah bergandingan denganku
melalui jalan-jalan berliku
kenapa sekarang
walau bayangmu
tidak lagi kutemu.

Sekarang,
biarlah hanya aku
termanggu seorang diri
tanpa dirimu lagi
........aduhai kekasih..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[7/11/2011]

~ ISTANA KITA BERDUA...

Di sini
adalah impian kita
bersama melayari keindahan berdua
di halaman istana cinta
yang sungguh nyaman dan tenang.

Kekasih,
andai impian bisa terlaksana
ingin kuhidup denganmu
di istana yang indah
yang beralaskan rerumput hijau
yang mendamaikan jiwamu dan jiwaku
atas nama cinta yang satu.

Tenanglah kita
andai takdir bisa mengukir sejarah
bahawa antara kita
tidak pernah akan terpisah
walau bumi akan terbelah
berjanjilah..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[5/11/2011]

~ SEINDAH RINDU...

~ Rindu yang tertamu
tidak mengenal ruang waktu
daku di sini
mengkhayalkan saat-saat indah
sewaktu bulan sedang purnama
saat cinta kita tersirna.

Seindah rindu yang didamba
engkau yang kupuja
tidak pernah lekang diingatan hamba
walau siang berganti malam
rindu yang terbuku cuma satu
aduhai kekasih hatiku.~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[4/11/2011]

~ KUINTAI CINTA DALAM RAHSIA...

Kubertanya kepada malam
kenapa malam ini tiada rembulan
gelap gulita membelah kesunyian
ada jiwa berpeleseran
mengintai cinta dalam rahsia
sembunyikan rindu di dalam jiwa
dan dia..entah sedang apa....?

Aku di sini sedang menanti
bukan sekadar untuk malam ini
kerana diri tidak pernah mahu lupa
saat-saat jiwa merindu
di siang yang membaldu
di malam-malam syahdu
engkaukah itu...? yang menungguku...?

Biarlah kuhabiskan sisa-sisa malam
dengan bertemankan kesunyian
untuk menanti satu kemunculan
walau hanya sekadar bayang..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[4/11/2011]

~ AKU REDHA...

Kumohon
demi satu kesetiaan
atas satu nama cinta
berikanlah aku satu peluang
untuk memiliki kesetiaan
demi pertimbangan mata
yang memandang cerah
walau dalam ragu.

Biar hitam lautan
bukan lagi keraguan
tapi kelam yang tersimpan
seribu pertanyaan
bahawa geloranya
adalah jawapan
terhadap cintamu
yang masih samar-samar kelabu
aduhai tuan.

Atas satu nama cinta
tundukku masih dalam pertanyaan
aku rela jika terus bertemankan
beburung malam
yang tanpa siang
jika itulah takdirNya
yang berupa suratan
..........aku redha.

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[3/11/2011]

~ SEKEPING KASIH...

Sayang
terima kirimanku
sekeping kasih
yang ringkas.

Sentuhlah
nanti saat jiwa tersenyum
hati akan sayu
bila sekeping kasihku
merayu
tanpa malu
untuk secebis harapan
dari lubuk hatimu
aduhai sayang.!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[3/11/2011]

~ ADUHAI TUAN...

~ Aduhai tuan...
hamba menanti di puncak mahligai
di pintu cinta
rindu hamba menanti
sebagai membayangkan
cermin hati yang tidak pernah mati
walau hancur harap.. airmata menitis..~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[3/11/2011]

~ SAYANG KAMU...

Sayang,
terimalah kirimanku ini
segugus mawar kasih
lengkap dahan dan
daun hijaunya
tanda segar
kelopak-kelopaknya
juga bersih mulus
indah mekarnya.

Takkan kautemui
runcing duri
kerana semuanya
telah kubuang
agar luka jariku
tidak berulang.

Sayang,
jambangan bungaku mekar
di halaman cinta
yang berharuman rindu
duri-duri luka
telah lama kubuang
dan telah kuubati
dahanan yang tercalar
oleh takdirmu dulu
yang malang.

Dan telah kubasahi taman
dengan titis jernih kasih
yang kusiram siang malam
agar luka hatimu yang dalam
terubat dek ketulusan
yang akan menguntumkan
sebuah senyuman.! ~

~ Selendang Hitam ~
..rusie + MAS...
[2/11/2011]

~ RAHSIA CAHAYA CINTAMU...

Engkau,
telah mengajarku tenang
kini aku berada di dalam-Mu
... sepenuh perasaan rindu
dan kini..Engkau adalah aku
berada di dalam terang
kerdip cahaya-Mu.

Rahsia di hati
tersimpan rapi
setiap yang kau beri
ada rahmat yang abadi
dan aku redha
jika sukar itu aku
dan senang itu dia
biar segalanya tinggal
sebagai satu rahsia.

Akan kusimpan segala rasa di hati
sebagai tanda aku terima
dari hitam hingga ke putih warna
dalam ketentuan takdir-Nya.

Akan kuharungi
walau lautan bara
sepenuh hati..setenang jiwa
aku mahu bertabah
demi rahsia-Mu
yang menjadi rahsiaku
dari satu-satunya kerdip cahaya-Mu.! ~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[2/11/2011]

~ JIKA DAPAT KUPINTAL AWAN ...

~ PUDAR...

Umpama irama dan lagu
umpama cinta dan rindu
saling bertautan
dan saat diri perlu
pudar muncul halang.

Kenapa pudar melanda diri
walau jernih cinta di air menanti
mungkin kerana pengalaman
tentang cinta
yang tidak pernah wujud kesejatian.

Kini hati cukup pudar
untuk mempercayai cinta
kerana cinta
terselindung pura-pura
harus bagaimana untuk percaya.

Yakinkanlah aku kekasih
jangan biarkan pudar meraja di jiwaku
sedang diri memerlukan cinta
yang sebening pagi menjelang
sejernih embun bertetesan.!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[2/11/2011]

~ BICARAKU DIAM...

Entah kenapa
tiba-tiba hatiku tertutup
jiwaku terlingkup..
..untuk berbicara
biarkan ia diam
untuk sementara.

Aku tahu
antara aku dan puisi
sudah sebati
mengalir di setiap salur nadi
sehinggalah ke suatu hari
nafas ini terhenti.

Kenapa diam....?
aku pun tidak tahu
tiba-tiba sahaja
bicaraku bisu
mungkin irama cinta
sudah tidak lagi mahu berlagu
atau lagu
yang telah berentak pilu.

Untuk sementara,
biarlah bicaraku diam
agar tiada hati yang luka
dan menyimpan dendam.!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[3/11/2011]

~ Aduhai..

~ Aduhai..
engkaulah tarian jiwa
yang menggemakan lagu-lagu cinta
di segenap alam ceria
bersama kuntuman bunga.

Pandanglah ke mata rinduku
yang membaldu tanpa mahu berlalu
dari sudut indahnya kasihmu..
..aduhai kekasih hatiku..~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[1/11/2011]

~ KUCUPAN RINDU...


‎~ HILANGKAN SEDIHKU...

Aduhai..
jika dikau tahu hatiku yang selembut salju
jika dikau tahu jiwaku yang selemah diriku
maka sanggupkah duhai masa
membiarkan aku meratap duka
sedangkan bahagia
yang cuba kuintai masih berselindung hitam.

Jika dikau mampu memberikan daku senyum
bunga-bunga akan mengembang kuntum
seluruh alam akan mengharum
setelah diriku kembali riang
dan tarianku mula melangkahkan gerak
di pentas cinta..rindu pun mula menunggu
dalam penantian yang penuh syahdu.

Aduhai..hilangkanlah sedihku
dengan kucupan rindu.!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[31/10/2011]

~ PAGIKU HILANG SENYUM...

Pagi ini
aku tidak mampu mengukir senyuman
hatiku retak..jiwaku pecah
jasadku luka berdarah.

Kenapa sinar mentari pagiku sepi
sedang malam tadi
aku diulit mimpi indah
yang membelai jiwa
menyingkir gundah.

Senyumanku sudah tertutup
pada rekah
yang tidak mungkin bercantum.

Aku rela
kalau aku terus dalam malap cahaya
engkau yang melakarkan hiba
aku yang terseksa
aku sudah tidak harap lagi
pada desir angin yang berlagu
jika kebahagiaan..
tidak pernah menjadi milik aku..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[31/10/2011]

~ DINGIN MALAM...

Kusentuh perasaan
pada kekunci laptop
melakar resah
di dingin malam
menitip cerita demi cerita
yang kutinggalkan.

Dinginnya malam ini
tetes-tetes hujan
bercurahan di luar jendela
sesekali kujengok
berpeluk tubuh
bila deru angin
yang dingin menyentuh.

Sesekali aku bertanya pada diri
sampai bila harus bersendiri
setiap malam yang dingin kulewati
dalam keseorangan
dalam kesunyian
entahlah... aku tetap tiada jawapan.

Biarlah dingin malam
terus kulewati
walau hari demi hari
walau tahun demi tahun
jika malam yang dingin
hanya untuk seorang perindu
...seperti aku.!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[30/10/2011]

~ BELAIAN JIWA...

~ Aduhai kanda..
di kala malam menyentuh jiwa
bisikan hujan kian menitis
menghangatkan rindu yang sesuci salju
mengharapkan kandaku muncul
membelai jiwa nan merindu.

Kandaku,
malam ini ..rindu mendambakan hangat
pada belaian manja seikhlas jiwa
yang dipersembah kepada hamba.

Fahamilah aduhai..bahawa hujan yang turun
seakan memanggil kasih
untuk mendekati rindu yang terkurung
dalam syahdu malam-malam sunyi.~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[29/10/2011]

~ MENARI BERSAMAMU KANDA...

~ Lihatlah langkah susun rentak tari
ingin menari melepas lelah rindu
dari hari ke hari yang tiada terhenti
memusar berpusar sesuka jiwa
atas satu nama cinta.

Marilah kemari kanda..
sambutlah lemai gemalai diri
jangan sesekali tarian kita terhenti
hingga kasih membelah langit
mengumpal awan memintal cinta
sehingga kita bertemu bahagia..~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[29/10/2011]

~ KUTUNGGU KAU DI SORE...

~ Di sore begini
jemari ingin mencipta puisi
walau tidak sehebat para pujangga
cukup untuk meluah
apa yang tersirat di sukma.

Tiba-tiba
sewaktu hati dalam kebosanan
gerimis hujan bertetesan
kesah yang berlalu seakan terulang
benci membuak jeluak
debar bercampur baur
kelam terus suram.

Ingin aku tinggalkan gelap
melangkah ke arah cahaya kasih
yang sedang menanti
di alam mimpi yang indah
dan aku sedang menunggu
saat engkau menghulurkan jemari rindu.

Bawalah aku keluar
dari daerah sepi
yang sekian lama mengurung daku
memenjara hati dan jiwaku
hingga hilang arah tuju
kini hanya kehadiranmu kutunggu..!~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[28/10/2011]

~ BAGAIMANA...

~ Bagaimana harusku bilang pada hati
bahawa kasih tidak begitu mengerti
kehendak naluri..yang sepi
di siang mahupun di malam hari.

Dan bagaimana pula
harus aku menaruh harapan
jika mimpi dan impian
tetap tidak sama
walau kemahuannya adalah serupa
untuk satu pengertian rindu dan cinta..!~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[28/10/2011]

~ SAYANG...

~ Sayang,
bagaimana harusku bertahan
jika rindu untuk dekat denganmu
tiada lagi tertahan-tahan.
Siapalah aku
tanpa dirimu
umpama irama tanpa lagu
terus sunyi terbelenggu..!~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[27/10/2011]

~ Kuingin berendam...

~ Kuingin berendam
di jernih kolam
melerai segala gundah
yang sarat di jiwa
agar tiada lagi lara
...........dan hiba
yang sekian lama
diresah cinta.!~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[27/10/2011]

~ DEMI KESUNYIAN INI...

~ Andai kesunyian ini
...berpanjangan
tidak mahu lagi
kumenoleh kehadapan.

Tidak sudi lagi kumengharap
...pada harapan
yang cuma tinggal kekosongan.

Aku rela
jika terus berada
di dalam kegelapan
bersama sisa-sisa
...pengalaman
...yang hitam.! ~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[27/10/2011]

~ YAKINKAN AKU...

~ Kekasih,
cintaku telah lama tersisih
rinduku telah lama merintih
yakinkanlah aku
yang telah lama pudar
untuk percaya
...pada cinta
...pada setia
nanti esok lusa
jangan kata cinta pergi
dan rindu kembali mati.! ~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[27/10/2011]

~ MISTIK V...

~Tulang dada
berdenyut ghaib
hilang lenyap
timbul datang
silih berganti
turun naik
mengeget ruang tubuh
lesu..kaku
lemah rebah
perbaringan longlai
hilang daya
upaya tidak fikir apa
menyerah
diserah..bosan sudah
masih berdenyut
ganggu tenang
siapa pun tak faham
hanya padaMu
kuserah ketentuan
......Ya Tuhan.!~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[26/10/2011]

~ MASIH BEGINI...

~ Masih begini
dalam igauan sepi
sendiri
menyendiri
tanpa kekasih hati
bosan hari-hari
bahteraku
berlabuh sepi
di dermaga rindu
terkubur satu mimpi.

Masih begini
cinta datang pergi
sesuka hati
tidak kuharap lagi
biar terus begini
sendiri
hingga jasad ini
lenyap di siang
hilang di malam..~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[26/10/2011]

~ SEPI YANG MEMBOSANKAN...

~ Sepi
mengunci senyum
mengurung jiwa
dalam bosan
wajah muram
hati racau
gelisah tidak menentu
fikir jadi buntu
celaru oh jiwaku.

Bagai dalam gua
gelap pekat
sesekali suara kelawar
berlegaran bergema
memecah hening sunyi
aku masih begini
sendiri
terpenjara bisu
dalam lamunan dungu..~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[26/10/2011]

~ SORE DI KALI...

~ Sedingin air di sore
mempersembahkan diri di kali
sejuk kaku menyeluruh
bila siraman air disentuh
menggigil dingin diri ...
......Oh sejuk sekali.

Oh Kekasih,
sediakan tuala penghangat
agar dingin air di kali terhilang
dalam dakap erat..! ~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[26/10/2011]

Oct 26, 2011

~ SELEMBUT SUTERA...


Bermula
suatu pertemuan
merangkak ke batas waktu
saat mata bertentang mata
hati teruja
untuk kembali bertemu cinta.

Seiring dengan masa
cinta kasih dahulu
masih mahu bersambung
sepintas lalu aku terus merindu
.......saat-saat itu.

Kilau pesona cinta
jangan pernah memeterai dosa
biar ia mencanai rasa dalam rahsia
sesuci jernih air yang membening
memintal akal
agar terus sedar dari khayal
.......jangan terlalai.

Selembut sutera
deru angin yang berhembus
berlari perlahan
meninggalkan pertemuan
pulang dengan kenangan
seindah bunga-bunga
.......yang berkembang.

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[26/10/2011]

~ SETENANG BELAIAN MALAM...

Lembaran jiwamu kubaca
tiap hurufnya rapi tersusun
kata-kata perlahan
mengalir dalam gengaman nikmat
kau bakar dupa ghairahmu
menyeru berahiku menunda pagi.

Resah malamku hilang
dalam hangat yang membahang
saat engkau memeluk bayang
akulah jiwa yang terpesona
yang terbuai hingga terlena.

Dan lenaku berupa tenang
selama aku dalam asuhan malam
di waktu kau mendekap cinta
dan mengucup rindu
...................aduhai sayang.!

~ Selendang Hitam ~
..rusie + MAS..
[26/10/2011]

~ REMAJA DAN DEWASAKU SAMA...

Bacalah coretan hati
sewaktu kumeniti ruang waktu
yang tidak mampu terulang olehku
memaparkan pedih getir hidup
seorang insan yang bernama aku.

Remaja,
suatu saat yang kujalani indah
tiba-tiba tercalar hitam
tergelumang aku di dalam takdir
hingga siang malam adalah sama.

Saat kumeniti
detik kemanisan remaja
tiba-tiba diri dilanda pilu
tidak ada sesiapa pun
yang mengerti dan tahu
tentang aku
yang telah tersia masa
setelah kuhabiskan dalam ratap duka.

Saat dewasa pula
telah mengajarku bertabah
setelah remajaku tersia sudah
masih tidak terhilang kepahitan
kerana keperitan dan keperihan
masih terpahat terpendam
tidak terdaya untuk kutahan.

Selamat tinggal remaja
kumasih sambung perih getirmu
di dalam jiwa
hingga ke saat kudewasa.

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[25/10/2011]

~ SEPUTIH KAMAR PERADUAN...

~ Kudampingi siang dan malam
dalam hangat dan dingin
di saat jiwa bercelaru dan tenang
di kamar peraduan
untuk sebuah ukiran
dari pelbagai warna kehidupan.

Di sini..di kamar ini
yang seputih dan sebersih salju
terbuailah diri dalam belaian jiwa nan syahdu
seputih hamparan setinggi harapan
pada sebuah kehidupan
yang menginginkan ketenangan.

Aduhai..di siang yang damai
deru angin sentiasa menyentuh tubuhku
yang diam keseorangan
namun tenang..
dalam kelembutan warna yang mendamaikan.

Aduhai..di malam yang tenang
ingin kuberalaskan kerinduan yang panjang
dari igauan indah
yang menyisihkan gundah.

Aduhai..peraduan yang memutih
seputih cinta yang membaldu
dibawa angan ke awan kelabu
.....................................Oh..rindu.!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[25/10/2011]

~ SENDIRIAN DI KAMAR USANG...

Sudah kebiasaan
kamar adalah tempatku bersendirian
muncul pelbagai ilham
untuk kugarap puisi nan spontan.

Siang mengajarku erti ketabahan
sewaktu terik mentari menghiris hati
kugarapkan puisi berhati-hati
agar jiwaku tidak tersentuh
dalam sepi yang meluruh.

Malam aku cuba bertenang
walau tanpa cerah sang rembulan
aku sudah biasa bersendiri
berteman sang cengkerik
yang mengundang bising
sesekali buatku pusing.

Namun,
yang pasti..aku bahagia di kamar usang
yang mengkhayalkan seribu impian
kadang-kadang kulakarkan mimpi
yang ingin kuhidupkan di realiti.

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[24/10/2011]

Oct 24, 2011

~ TABURLAH KELOPAK MAWAR KE JASADKU...

~Aduhai mawarku..
nafasmu jadikanlah nyawaku
biar aku jadi jasadmu
...
agar bisa aku terpadam bersamamu.

Kini..keranamu,
aku kembali bernyawa
selaan warna-warna kelopakmu
menghidupkan warna cinta
yang sekian lama terkubur luka.

Sembuhku..
kerana harumanmu yang sejati
yang kau pamerkan disinar abadi
kini kau amat bererti
kerna tanpamu
rinduku mati.. cintaku sepi..!~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[24/10/2011]

~ KERINDUAN TERAKHIR...

Kerinduan dari hati terdalam
sering saja hadir bertandang
walau tidak diundang
...
... petanda ingatan kian bergoncang.

Sewaktu cinta cuba kubuang,
cintamu datang untuk memujuk..
..aduhai tuan.

Aduhai,
cinta sering sahaja buat kuberfikir
tentang garis-garis takdir
yang menemu dan memisah
antara cinta dan rindu
yang kini semakin menjauh
yang kian makin terpisah.

Kerinduan apa yang tercipta
hingga membutakan mata
kehadiran kasih yang penuh dusta
yang membawa khabaran hampa
namun aku terus alpa
kalau inilah pengakhirannya
sebuah cinta..!

~ Selendang Hitam ~
..Rusie..
[24/10/2011]

~ KERINDUAN...

Kerinduan dari hati terdalam
sering saja hadir bertandang
walau tidak di undang
...
pertanda rindu yang kian bergoncang
sewaktu cinta cuba kubuang,
cinta yang sedia tinggal kenangan.

Engkau,
sering sahaja membuat kuberfikir
tentang garis-garis takdir
yang menemu dan memisah
antara cinta dan rindu
yang kini semakin menjauh
yang kian makin terpisah.

Kerinduan apa yang tercipta
hingga membutakan mata
pada kehadiran kasih yang penuh dusta
yang membawa khabaran hampa
namun aku terus alpa
kalau inilah pengakhirannya
sebuah cinta..!

Oh! Qalam-Mu menulis
jajaran takdir kutunduk akur
bahawa makna sebuah cinta,
adalah makna kerdipnya kejora
berselangseli antara dua airmata
kecewa dan bahagia.

Engkau,
aku akan terus meriba setia
menyusu-nya dengan kasih
biar tumbuh dewasanya menjadi tanda
bahawa aku tetap menggengam cinta
antara kita, selamanya!

~ Selendang Hitam ~
..Rusie + Darwis..
[24/10/2011]

~ BAWALAH KUPERGI...

~ Bayang wajah yang berbayang
ada senyuman dalam kepahitan
sore datang mengundang
...
jiwa hilang dalam kealpaan.

Siapa gerangan.....?
yang bisa memberiku tenteram
racau jiwa hadirnya tidak diundang
dalam getir duka yang tidak tertahan-tahan.

Bawalah duhai..bawalahku pergi
untuk mengejar cahaya sang pelangi
agar hidup mati bernafaskan sejati
tanpa ada pengguris hati
yang suka melukai.

Hentikanlah cerita pedihku
dicerita indahmu
wahai engkau yang inginkan aku!~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[23/10/2011]

~ ALAM REMAJA DAN DEWASAKU SAMA...

~ Bacalah coretan realiti
sewaktu kumeniti ruang waktu
yang tidak terulang oleh masa
...
yang memaparkan pedih getir hidup
insan yang bernama aku.

Remaja,
suatu saat indah
yang tiba-tiba tercalar hitam
kerana tergelumang aku dalam takdir
hingga siang malam adalah sama.

Sekejap waktu juga
kemanisan remajaku
tiba-tiba terkurung di penjara pilu
tidak akan ada sesiapa
yang mengerti dan tahu
tentang aku
yang telah tersia masa remaja
setelah kuhabiskan
dalam ratap duka.

Dewasa pula
mengajarku bertabah
setelah remajaku tersia sudah
masih tidak terhilang kepahitan
demi keperitan dan keperihan
yang masih terpahat terpendam
dan tidak terdaya kutahan.

Selamat tinggal remaja
kumasih sambung perih getirmu
di dalam jiwa
hingga ke dewasa.

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[23/10/2011]



~ OH! CINTA...

~ Dengarlah hakikat hikayat cinta
yang dilalui sejak zaman berzaman
senyum tawa terukir seribu cerita
...
dari hikayat baru dan lama..

Keindahan cinta yang terbina
indahnya teruna dan dara bercinta
menerawang jiwa.. menambat sukma
lupa dunia..lupa diri..
hingga sanggup menempuh onak duri..

Ada cerita yang menyatakan
hikayat cinta penuh tragedi
sewaktu cinta karam dan mati
ada airmata darah menitis..

Aduhai cinta..
masih wujudkah kasih yang setia
sedang dunia di peredaran masa
sungguh keliru untuk menilainya
.......................Oh! Cinta..~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[23/10/2011]

~ ATAS NAMA-MU...

~ Telah kuredah segala onak duri
telah kulalui relung-relung hidup dengan bertabah
telah kuharungi liku-liku perih airmata...
...

Siapa yang tahu..tentang aku..............?
yang sering keliru..
...dengan hitam putih warna yang hadir menduga...

Oh Dia...Syukur dengan petunjuk-Mu
kini aku lalui jalan-jalan yang tiada lagi ragu
...dengan kecerahan lorong-lorong yang kau suluh..
kau terangi mata hatiku
tiada lagi kuratap pada kedukaan
apabila aku bisa tersenyum dalam pedihan....!~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[22/10/2011]


~ BICARA ANGAN...

~ Engkau..
yang telah melakar rindu
mengisi ruang sukaku..
...
saat engkau mendukung rindu
bebunga berkembang sayu..
tangisan bukan lagi berupa sendu
tapi riang hatiku..
kerana engkau begitu mencintaiku..
siapakah dirimu...?..aduhh..
berangan-angan lagi rupanya diriku..~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[21/10/2011]