Oct 24, 2011

~ KERINDUAN...

Kerinduan dari hati terdalam
sering saja hadir bertandang
walau tidak di undang
...
pertanda rindu yang kian bergoncang
sewaktu cinta cuba kubuang,
cinta yang sedia tinggal kenangan.

Engkau,
sering sahaja membuat kuberfikir
tentang garis-garis takdir
yang menemu dan memisah
antara cinta dan rindu
yang kini semakin menjauh
yang kian makin terpisah.

Kerinduan apa yang tercipta
hingga membutakan mata
pada kehadiran kasih yang penuh dusta
yang membawa khabaran hampa
namun aku terus alpa
kalau inilah pengakhirannya
sebuah cinta..!

Oh! Qalam-Mu menulis
jajaran takdir kutunduk akur
bahawa makna sebuah cinta,
adalah makna kerdipnya kejora
berselangseli antara dua airmata
kecewa dan bahagia.

Engkau,
aku akan terus meriba setia
menyusu-nya dengan kasih
biar tumbuh dewasanya menjadi tanda
bahawa aku tetap menggengam cinta
antara kita, selamanya!

~ Selendang Hitam ~
..Rusie + Darwis..
[24/10/2011]