Oct 26, 2011

~ SENDIRIAN DI KAMAR USANG...

Sudah kebiasaan
kamar adalah tempatku bersendirian
muncul pelbagai ilham
untuk kugarap puisi nan spontan.

Siang mengajarku erti ketabahan
sewaktu terik mentari menghiris hati
kugarapkan puisi berhati-hati
agar jiwaku tidak tersentuh
dalam sepi yang meluruh.

Malam aku cuba bertenang
walau tanpa cerah sang rembulan
aku sudah biasa bersendiri
berteman sang cengkerik
yang mengundang bising
sesekali buatku pusing.

Namun,
yang pasti..aku bahagia di kamar usang
yang mengkhayalkan seribu impian
kadang-kadang kulakarkan mimpi
yang ingin kuhidupkan di realiti.

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[24/10/2011]