Oct 9, 2011

~ SELAMAT JALAN ROMEO...

~ Cinta kau anggap mainan
kiri kanan kau ucap cinta
kiri kanan kau melakar dusta
kiri kanan kau tabur janji..

Manis mulut yang berbisa
manis kata membilang setia
hingga luka silih berganti
pada harap si jantung hati..

Hai Romeo..
siapa lagi mahu kau cari....?
...dalam diam-diam..
...dalam terang-terang...
...banyak hati yang kau calar-calarkan
...banyak jiwa yang kau robek-robekkan
kau cuba ketawa dipentas dunia..

Selamat jalan..
dengan sendamu Romeo...~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[6/10/2011]