Oct 9, 2011

~ MEMBELEK KENANGAN...

~ Di waktu sendiri..
aku cuba membelek..
..helaian-helaian lama
yang kau catatkan..
di dairi hatiku..

Dan di waktu sendiri
aku cuba melakarkan lukisan cinta
di bawah pepohon..
pada musim-musim luruh
bersama dedaunan cinta yang jatuh..

Dan engkau silakan menatap
segala kemanisan silam
sewaktu kita layarkan
di tengah lautan
yang beralunan perlahan..

Saat itu..masihkah kau ingat..
bahawa aku..
sedikit pun tidak mampu..
engkau lupakan.. aduhai sayang..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[9/10/2011]