~♥Loronglorong bicara kehitaman terkunci dan aku semakin hilang dalam tulisan sepi bila puisi cinta yang kaucipta cuma angan kosong di malammalam buta.♥~
~♥Telah kusediakan satu peti khazanah untuk kusimpan helaianhelaian cinta dan cebisancebisan rindu yang pernah menyapaku. Aku begitu tenang dengan babakbabak yang tercipta ... walau ia berlalu tanpa kata dan aku, tidak apaapa.♥~
~♥Lambailah aku kerana kala malam puisiku ingin terbang melangkau jamjam terakhir di langit gelap walau saat itu dikau ria bercanda aku tetap aku ... dengan maya puisi malamku.♥~
~♥Telah kubentang sehelai kertas kosong tanpa apaapa pun corak siapakah dia? yang mampu melukis cinta dan rindu untuk kusimpan sebagai lukisan hatiku? ... ~Sie~ 220613
~♥Gerak coret tinta puisiku menari di pentas dari irama gendang jiwa cuma sukasuka dan datangmu bertandang kusambut di tangga dermaga bercahaya sebagai tetamu diundang silakan ... silakan menghayati seni jiwaku sedang berdendang.♥~
~♥Rimbun redup diambang sore menyambut titis kecil bias hujan airmata ... dan sinar malam yang perlahan tiba mengusap tenang sebak membengkak di relung jiwa.♥~
~♥Kututup ruang cinta untuk dia kubuka pula pintu rindu untuk dia telah kukunci rapi khazanah cinta namun kulonggarkan isyarat rindu lagi lagi kamu..kamu.♥~
~♥Malam masih muda sedang jiwa mula memasang angan andai nanti mata sukar dipejam kekasih hadir selimuti lelap dengan kucup keasyikan ... dan mata beransur pejam perlahanlahan.♥~
~♥Jauhnya bayangmu di ufuk sana namun bila mataku pejam kulihat senyummu sejernih embum malam menyambut rinduku yang terendam di kolam rasa ... selama kau tiada.♥~
~♥Dikau nafas malam saat helaan ini sesak kegelapan dan seakan terhenti, kauhulurkan deru bayu ke ruang roma rindu menyambung hayat cerita yang separuh pergi.~
~♥Kita berbahagi hangat siang antara dua benua terpisah berdua merentas sunyi yang jauh untuk berkonsi sentuh agar kerinduan tidak bersedih dan cinta dapat bercantum kekasih!♥~
~♥Bila malam menghadirkan bayang kurasa ingin bercinta bercumbu dan dipeluk bulan berdua dengannya diselimuti bayu sambil dibisik setia tanpa duka.♥~ ~Sie~ 150613
~♥Selangkah ke daerah malam terasa lemas dan terasing andai para cahaya menyisih akan terabaraba menyentuh sunyi dan sepi mengajak berbicara dalam kelam dan diam sementara menanti siang memberi senyuman terang.♥~
~ Hati dan jiwa bila dililit kesyahduan akan membentuk sebuah kalungan impian berkerdipan menjadi mimpi berterbangan lip lap lip lap ... kemudian berakhir hilang~
~♥Malam, yang pernah menerima rindu kini semakin sayu desir bayu diam membisu tiada berirama merdu jiwa, terendam di kolam gelap semua telah hambar sunyi tiada lagi rindu tanpa bait puisi indahmu.♥~
~♥Kumahu bicara dengan malam biarpun bisikku tidak dipeduli ingin kunyatakan bahawa sunyi malammu menyukarkanku untuk lena walau mata telah kupejam untuk keindahan mimpi yang kuidam.♥~
~♥Kubelek helaian nostalgia pada siang yang bangkit dan malam yang berlabuh menghidupkan tari tinta untuk mencoret tanpa tumpah kerana hitamnya, mencerita seribu duka merahnya, petanda ada cinta ... yang pernah menyala.♥~
~♥Jelang detik 11.41mlm tiada kedengaran sang cengkerik berlagu petanda sunyi perlahan berbisik namun sesekali kipas syiling menjerit kedinginan diri pun terusik.♥~
~♥Andai dapat aku disamping senja nan tenang dapatlah kumiliki jiwa yang damai asyik diulit remang mentari ... senada redup pohon di pinggiran sesekali dikejut air sungai berkocakan.♥~
~♥ Berbicara tentang impian tidak tercapai tangan untuk menggapai harapan hanya angan dan perasaan sering mengkhayalkan yang indah walau untuk mencapainya amat payah.♥~ ... ~ Sie ~ 190513
~♥ Kemurnian cinta tidak pernah wujud kesucian harapan hanya sekadar angan yang akan hilang saat mata terpejam dan manis mimpi hadir menghiasi lena bila tersedar dikau entah di mana ... atau sekadar bayangbayang cuma.♥~
~ ♥Malam tidak pernah sunyi waktu rindu mengisi kosong diri walau kerinduan ini tidak membawa apaapa makna selain melayan angan dalam singgahsana jiwa kerana dikau cuma illusi cinta!.♥~
~ Bersama kita menabur benih cinta di sawah impian mengharap ia ranum menguning dikejauhan pandang untuk berdua kita menuai rindu pada petakpetak harapan walau dari kejauhan.~ ... ~ Sie ~ 150513
~ Bukan takdir yang mahu dipersalahkan jika seluruh jiwa raga bergoncang pagarpagar harapan roboh sehingga bangkit suara keazaman untuk membina satu tanda hasil curahan airmata dari kolam sebak yang berkurun membatasi tangis hujan ... petanda jiwa kecundang mungkin akan hilang setelah sepasang mata duka terpejam dan istana airmata pasti akan tersergam tersimpan cerita dari zaman ke zaman.~
~ Di bawah negeri naungan bayu kami bertempur percikan-percikan peluru bagai hujan mengusir bayu ... mengundang taufan lalu ada darah yang mengalir di padang tempur akan kami akhiri hingga ke titisan darah yang terakhir dan kepadaMu kami sujud di dalam getir.~
~Jangan datangi aku
yang sedang berperang
dengan dua bayangan
masih tidak terasing ... dalam keasingan wujudnya wujud aku hilangnya hilang aku dan engkau tidak pernah tau tentang rasaku yang di paku terkurung bisu.~