Jan 7, 2012

~ SIANG YANG PANAS...

 
~ Siang yang panas
mentari tersenyum
di balik penat peluh meleleh
batang-batang kering berjajaran
menunggu terbelah
atau hanyut bah..~

~ Selendang Hitam ~

..rusie..

~ PAGI YANG DAMAI...

 
~ Pagi yang damai
dengan wajah yang natural
aku menyelak tirai jendela
deru angin yang dingin
menyentuh hati.

Salam pagi yang melambai

kesah semalam pun terabai
terus kuberlalu dari jendela
untuk memulakan hari baru
seperti selalu
yang seadanya..~

~ Selendang Hitam ~

..rusie..
[11/11/2011]

~ MARI BERSIRAM...


~ Kelam bukan malam
sore baru mengundang
capai tuala bersimpul
terus bersimpuh
bunga-bungaan di tabur
sebagai wangi-wangian
air tertitis tercurah
basah membasah
marilah bersiram.~

~ Selendang Hitam ~

..rusie..
[10/11/2011]

~ KAU KEMBALIKAN SENYUMKU...

 
Terimakasih dia..
kau buka pintu senyum
yang sekian lama tertutup
lalu kau tebarkan cahaya
pada ruang yang sekian lama gelap.

Kau hidupkan senyumku

yang sekian lama mati
walau jasad masih hidup
nafasku telah lama terhenti
nanti kau akan mengerti.

Aduhai sayang,

kau bak pelita
menyuluh ruang kalbu
bayang gelap beransur pulang
siang malam
gelak tawa memecah sunyi
bila gurauanmu mengubat sepi.

~ Selendang Hitam ~

..rusie..
[10/11/2011]

~ HADIRMU MENGUBAT LUKA...


Terimakasih cinta!
di saat jiwa
terperuk sepi di ruang duka
kau hadir mengubat luka
kerana semalam adalah pedih
kala airmata darah menitis.

Lebam-lebam dera semalam

segera terhilang
kau balut luka dari hiba
diri bukan lagi mayat putih
selama jasad terperam sedih.

Kala kau peluk senja

di kaki langit senyum terbuka
halus pasir mula memutih
pantai tidak lagi kemurungan
bila tiram mula memuntahkan mutiara
bahagia mula berkemilauan
...terimakasih aduhai sayang.!

~ Selendang Hitam ~

..rusie..
[10/11/2011]

~ OH! SEMALAM...


~...dan aku pun berjalan
meninggalkan kenangan
walau diingatan
tidak mungkinkan terhilang
pada kesah-kesah
yang tidak terulang...

Maka tenggelamlah rindu

di lubuk hatiku nan sayu
kerana jiwa
tidak selamanya mampu
mengenang saat-saat dahulu...

Lalu ...akupun berlalu

walau sendirian itu
adalah sesuatu yang amat jemu..!

~ Selendang Hitam ~

..rusie..
[ 10/11/2011]

~ MALAM SEPI


Malam menjelma
dingin meresap
ke segenap urat
sejuk melekat
dalam gelap pekat.

Larutlah malam

suara pun terdiam
ada yang lelap dalam angan
tak kurang
yang terus tenggelam.

Sepi semakin terasa

semua hilang
mimpi bermula
impian pun tercipta.

Malam berakhir

bila azan subuh
mengejutkan lena
untuk sirna
dalam sembah sujud-Nya.

~ Selendang Hitam ~

..rusie..
[9/11/2011]

~ BERSAMAMU KANDA...


~ Di bawah cahaya neon
yang samar-samar kelabu
kau telah hilangkan resahku kanda
saat kita jumpa
akulah yang terleka
dalam buai asmara
yang setiap jiwa damba.

Aku tidak lagi sendiri

aku tidak lagi sepi
saat hati ingin dimengerti
engkau hadir kanda
membawa sekelumit cinta..~

~ Selendang Hitam ~

..rusie..
[9/11/2011]

~ TERINGAT MALAM KENANGAN...


~ Bila malam kembali berulang
sang cengkerik mula berdendang
aku yang kesepian
termanggu di dinding kamar.

Sepi menujah jiwa

tinggal diri di dalam dahaga
pada kerinduan yang lalu
yang tidak terlupa olehku.

Saat bergurau senda

bersama teman sepengajian
tiba-tiba hadir
menjadikan aku terfikir
kemana mereka dibawa takdir.

Sesekali aku terlekat

dalam kenangan
yang memberiku
sekelumit kerinduan
terhadap teman-teman
dan keindahan semalam
tidak lagi akan terulang.~

~ Selendang Hitam ~

..rusie..
[8/11/2011]

~ KESENDIRIAN...


Dalam kesendirian
aku sirna
dalam genang airmata
yang berlinang.

Kehendak

bukan berupa rahsia
tapi rintih hiba
untuk sebuah impian
yang terbengkalai
di retak harapan,

Sebuah bingkai mimpi

tiba-tiba retak
jatuh bertaburan
dan impian
hancur berderai
yang tinggal cuma
kesendirian yang panjang..

~ Selendang Hitam ~

..rusie..
[8/11/2011]

~ KUSERU NAMAMU...



Petang yang diam

aku terkenang
pada raut wajah
yang menyapa ruang mata
di remang sore

Engkaukah

yang mengintaiku
dalam diam
tanpa bicara
aku cuba meneka
dalam samar hiba.

Kuseru namamu

demi sepiku
yang sekian lama mengurung
memenjara hati
yang sendiri
tanpa kehadiran
tanpa seseorang.

Kini kau datang

dalam seru rindu
hadirlah bertamu
lepaskan aku
dari seksa sunyi
yang menyembunyi diri
dalam sendiri.

Bawalah aku pergi

aduhai kekasih.

~ Selendang Hitam ~

..rusie..
[8/11/2011]