Jan 7, 2012

~ HADIRMU MENGUBAT LUKA...


Terimakasih cinta!
di saat jiwa
terperuk sepi di ruang duka
kau hadir mengubat luka
kerana semalam adalah pedih
kala airmata darah menitis.

Lebam-lebam dera semalam

segera terhilang
kau balut luka dari hiba
diri bukan lagi mayat putih
selama jasad terperam sedih.

Kala kau peluk senja

di kaki langit senyum terbuka
halus pasir mula memutih
pantai tidak lagi kemurungan
bila tiram mula memuntahkan mutiara
bahagia mula berkemilauan
...terimakasih aduhai sayang.!

~ Selendang Hitam ~

..rusie..
[10/11/2011]