Oct 12, 2011

~ HANYUT DAN HILANG...

~ Bak dedaunan yang luruh
lalu terjatuh..
...terapung di permukaan air
...
dibawa arus yang mengalir..
mengikut takdir..

Lalu hanyut..
yang entah di mana penghujung
tanpa hala..dan sebagai pengakhiran
pasrah jua pada-Nya
yang Maha penentu segala...

Begitu juga cinta...
yang seringkali dipersia
entah esok..entah lusa..
akan terbiar dalam lara..

Entah...
perlukah difikirkan..?
atau anggap sahaja diri
bagai dedaunan...
biarkan sahaja hanyut
dan biar sahaja tenggelam..
asal penghujungnya
bahagia di sisi Tuhan...! ~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[11/10/2011]