Oct 18, 2011

~ LELAH HENDAK DIFIKIR...

~ Malam ..telah mencorak ribuan kenangan..
hingga......................
....bunga telah pulang ke taman
....
sang duyung telah pulang ke lautan
....selendang masih melambai dalam kegelapan..

Sana sini..sini sana.. cinta tidak lagi berbunga-bunga
lautan pula sudah lelah hendak beralunan gila
tarian selendang pun sudah bisu dalam penat
semua mahu terhenti...............

Adakah kerana satu jiwa telah pergi...?
atau pena yang sudah mahu berhenti menari..
dalam mencoret cinta rindu sana sini...

Aduhai...lelahnya jika hendak difikir................
mungkin segalanya akan diserahkan kepada takdir
yang tidak pernah akan mungkir........! ~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[13/10/2011]