Oct 18, 2011

~ DESIR RINDU...

Terduduk diri
di tengah padang pasir
tanpa apa-apa
...
yang hendak difikir
dan jambak bunga
jatuh terbiar..

Desir angin yang lalu
membisikkan rindu
di lamunan diam
dalam kesepian
yang membungkam..

Keseorangan,
sering sahaja membosankan
dan sela-sela angin
melintas lalu
mengusik sepi daku..

Engkau,
yang datang dan pergi
membiarkan sepiku
di kurung rindu..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[13/10/2011]