Oct 24, 2011

~ KERINDUAN TERAKHIR...

Kerinduan dari hati terdalam
sering saja hadir bertandang
walau tidak diundang
...
... petanda ingatan kian bergoncang.

Sewaktu cinta cuba kubuang,
cintamu datang untuk memujuk..
..aduhai tuan.

Aduhai,
cinta sering sahaja buat kuberfikir
tentang garis-garis takdir
yang menemu dan memisah
antara cinta dan rindu
yang kini semakin menjauh
yang kian makin terpisah.

Kerinduan apa yang tercipta
hingga membutakan mata
kehadiran kasih yang penuh dusta
yang membawa khabaran hampa
namun aku terus alpa
kalau inilah pengakhirannya
sebuah cinta..!

~ Selendang Hitam ~
..Rusie..
[24/10/2011]