Oct 24, 2011

~ CARILAH DAMAI DI HATI...

~ Suatu waktu
pastikan terdetik
pada pandang yang jernih
... di sebaliknya.. terselit hitam
dalam hatinya ..terpahat kejam...

Warna-warna yang menggugah
menyerang dalam senyap
merayap..menyelinap
ekor mata selindung lari
sembunyi dalam pura senyum..

Wahai sang durja
janganlah menentang takdir
kerana hakikat tetap tersurat
terimalah qada dan qadar
pasti bisikan syaitan tak terulang..

Ketika mentari menjadi merah
awan mula menyimpul kata
dan angin yang berlalu nyaman
hiduplah dalam tenteram
tanpa iri dalam senyuman
...carilah damai di hatimu teman..! ~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[21/10/2011]