Oct 9, 2011

~ KUDATANG UNTUKMU...

Aduhai..maafkan..
sekiranya aku bersalah..
jika hadirku menganggu..
...
ruang hatimu yang tenang
dengan pertanyaan demi pertanyaan..

Mahukah engkau..
mulakan babak cerita baru denganku
atau masih ingin hidup..
dalam kurungan sepi dahulu
secara berpanjangan..
yang tidak berkesudahan..

Kini kutelah datang aduhai sayang..
bersama satu harapan
mahu bersama seiring melangkah..
...ke arah cerita yang baru...

Silakan sayang..kita ke anjung rindu..
yang menanti dengan hamparan kasih
...yang membaldu..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[1/10/2011]