Oct 9, 2011

~ KEMBALI JUA NANTI...

~ Maka..tunduklah aku
pada ketentuan
di gemitang yang terkelip-kelip panjang
yang membiarkan malam asyik..
pada malap-malap terang...

Dan bangunku pada siang
bersama sinar cahaya mentari
yang berdiri di ufuk jingga
membawa cintaNya..
dalam pelbagai cahaya..

Lelahku sudah hilang
bila aku cuba membilang
yang akhirnya pergi tidak kembali
dan itulah pengakhiran diri..
yang tidak akan berpeluang
melihat kerdip bintang di malam
dan cerah mentari di siang hari..

Semua itu pasti...~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[8/10/2011]