Nov 8, 2011

~ RAHSIA CAHAYA CINTAMU...

Engkau,
telah mengajarku tenang
kini aku berada di dalam-Mu
... sepenuh perasaan rindu
dan kini..Engkau adalah aku
berada di dalam terang
kerdip cahaya-Mu.

Rahsia di hati
tersimpan rapi
setiap yang kau beri
ada rahmat yang abadi
dan aku redha
jika sukar itu aku
dan senang itu dia
biar segalanya tinggal
sebagai satu rahsia.

Akan kusimpan segala rasa di hati
sebagai tanda aku terima
dari hitam hingga ke putih warna
dalam ketentuan takdir-Nya.

Akan kuharungi
walau lautan bara
sepenuh hati..setenang jiwa
aku mahu bertabah
demi rahsia-Mu
yang menjadi rahsiaku
dari satu-satunya kerdip cahaya-Mu.! ~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[2/11/2011]