Nov 8, 2011

~ BICARAKU DIAM...

Entah kenapa
tiba-tiba hatiku tertutup
jiwaku terlingkup..
..untuk berbicara
biarkan ia diam
untuk sementara.

Aku tahu
antara aku dan puisi
sudah sebati
mengalir di setiap salur nadi
sehinggalah ke suatu hari
nafas ini terhenti.

Kenapa diam....?
aku pun tidak tahu
tiba-tiba sahaja
bicaraku bisu
mungkin irama cinta
sudah tidak lagi mahu berlagu
atau lagu
yang telah berentak pilu.

Untuk sementara,
biarlah bicaraku diam
agar tiada hati yang luka
dan menyimpan dendam.!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[3/11/2011]