Nov 8, 2011

~ PUDAR...

Umpama irama dan lagu
umpama cinta dan rindu
saling bertautan
dan saat diri perlu
pudar muncul halang.

Kenapa pudar melanda diri
walau jernih cinta di air menanti
mungkin kerana pengalaman
tentang cinta
yang tidak pernah wujud kesejatian.

Kini hati cukup pudar
untuk mempercayai cinta
kerana cinta
terselindung pura-pura
harus bagaimana untuk percaya.

Yakinkanlah aku kekasih
jangan biarkan pudar meraja di jiwaku
sedang diri memerlukan cinta
yang sebening pagi menjelang
sejernih embun bertetesan.!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[2/11/2011]