Nov 8, 2011

~ SALAHKU SILAPMU..

~ Salahku kerana suka meneka
silapmu kerana suka mentafsir
sedang kebenaran
terpapar sudah
tiada apa-apa pun yang parah.

Kuperbetulkan silapku...
...kemaafan ku pinta
kau perbetulkanlah kesilapanmu...
...kusedia memaafkan.

Andai hanya kerana perselisihan
sekadar bisikan syaitan
sudahlah..
sama-sama kita berserah.~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[8/11/2011]