Nov 8, 2011

~ SAYANG KAMU...

Sayang,
terimalah kirimanku ini
segugus mawar kasih
lengkap dahan dan
daun hijaunya
tanda segar
kelopak-kelopaknya
juga bersih mulus
indah mekarnya.

Takkan kautemui
runcing duri
kerana semuanya
telah kubuang
agar luka jariku
tidak berulang.

Sayang,
jambangan bungaku mekar
di halaman cinta
yang berharuman rindu
duri-duri luka
telah lama kubuang
dan telah kuubati
dahanan yang tercalar
oleh takdirmu dulu
yang malang.

Dan telah kubasahi taman
dengan titis jernih kasih
yang kusiram siang malam
agar luka hatimu yang dalam
terubat dek ketulusan
yang akan menguntumkan
sebuah senyuman.! ~

~ Selendang Hitam ~
..rusie + MAS...
[2/11/2011]