Aug 20, 2011

DI MANA DIKAU

Ombak resahpun membadai sepi
pada hamparan lautan yang tenang
pada setiap mata yang memandang
engkau rupa-rupanya telah hilang
dari hati dari pandangan
kini di manakah dikau sayang..

Sewaktu angin mengalunkan rindu
sewaktu putaran waktu terus berlalu
alunan ombak resah terus memilu
menumpahkan airmata syahdu
di pantai sepi ..bersama rintihan hati
dan ketahuilah kekasih
engkau tetap kunanti
seperti yang kujanji...

Di manakah engkau sayang
di manakah cintamu
aku masih seperti dahulu
masih merindu
pada bait-bait puisi dahulu
dan ukiran senyum bibirmu..

Dan masihkah engkau ingat
di suatu masa dahulu
sewaktu engkau memeluk erat kasihku
dengan penuh rindu
yang berulitan cinta mendayu
saat kita melayari cinta nan membiru
tiadakah engkau mengingati ..saat-saat itu
dan ketahuilah
bahawa aku sedang merinduimu
sayangku..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[19/8/2011]