Aug 31, 2011

MENGERTILAH AKU KEKASIH

Aku cuma mahu satu cinta di hati
untukku bawa hingga ke dalam mimpi
tidakkah engkau mengetahui
tentang cintaku yang tulus ini
..yang hanya untukmu ..mahuku mengabdi..

Tidak pernah tak terfikir olehku
untuk memikirkan cinta mendatang
jika engkau pergi kepada yang lain.. sayang..
jiwa dan hatiku akan hilang
cinta dan rindu nanti..akan aku singkirkan..

Lelap dan jagaku cuma disatu igauan
hanya denganmu aku mahu berteman
kerana denganmu..
aku mahu bermanja sayang..
tidak sesekali aku mahu berjauhan
di siangku.. mahu pun malam..

Mengertilah hatiku..fahamilah jiwaku
jagailah kesucian cintaku
yang kuperuntukkan buatmu
bukan pintaku untuk jatuh cinta
semuanya takdir Dia..
dan tidak akan ada lagi nanti..
untuk kedua kalinya...

Mengertilah sayangku..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[26/8/2011]