Aug 25, 2011

DERITA JIWA

Gelora apa yang membadai di jiwa
hingga aku tertunduk hiba
rasa apa yang membungkam di dada
yang hanya tinggal sebagai rahsia
sehingga aku cukup melara dan terseksa derita..

Akukah yang terluka dengan takdir masa
atau akukah yang terleka dengan jeritan jiwa
yang melaungkan kesakitan semalam dan hari ini
walau jeritan batinku tidak berbunyi..


Namun jauh di sudut hati
bahawa derita yang kutanggung kini
hanya kerana suratan malang 
yang tidak pernah sunyi ke atas diri ini..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[25/8/2011]