Aug 21, 2011

MALAMKU MENANTI SIANG

Malam yang tidak berbintang
hanya berteman aku yang tanpamu
getar hatiku tidak dikau tahu
bahawa resahnya jiwa bila menjauh..

Sayang..engkau tiada unggas malam diam
cengkerik juga tiada berlagu riang
malam diam dalam suram
hati mula kegelisahan tiada dapat pejam..

Inilah yang dikatakan malam-malam resah
bila dua jiwa berjauhan dan terpisah
tidak tertanggung lagi berhati parah
dalam gelap malam menahan gundah..

Wahai bulan dan bintang
kembalikan cahaya terang
dan bintang biarlah  berkerdipan
agar nanti tiadalah malamku resah suram
dalam membilang waktu untuk kembali siang..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[21/8/2011]