Aug 20, 2011

SAYANG..

Setiap saat dan detik helaan nafas ini..
hanya menghelakan nafas-nafas rindu..
yang tiada berpenghujung diperbatasan waktu..
andai waktu bisa menyatukan cinta..
mahuku lena di sisi kasih selamanya..
tidak sesekali mahu kubangkit dari lelap..
walau malam sering malap..
kerna terangku..
hanya bertemankan cinta dan rindumu yang satu..
yang sering membaldu..
yang hadir mengubat resah rindu..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[16/8/2011]