Aug 24, 2011

HARI INI DAN ESOK

Saat kita berbicara
adalah saat yang paling indah
apa lagi kalau berbicara tentang cinta
dan kau pula suka mengukir indahnya kata-kata
dan aku pula sering teruja..lalu leka
tentang hari ini dan esok
yang tidak pernah menjanjikan apa-apa..

Kelekaan sering membuatkan aku lupa
bahawa keindahan hari ini
tidak pernah akan berpanjangan
malah sering akan berubah-rubah
mengikut saat dan waktu
dan musim yang silih berganti..

Dan aku yang sering lupa
selalu saja asyik dalam keindahan hari ini
sedangkan esok ..
tidak pernah menjanjikan apa-apa
sama ada bahagia atau kecewa
tunggu sahaja masa atau ketika
pasti akan terungkai segala..

Ermm..terkadang aku bosan
dan ingin bersendirian
kalau itu adalah jalan
untukku kembali aman dengan berdiam
dan waktu itu engkau..
jangan sesekali ganggu aku lagi sayang..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[23/8/2011]