Aug 20, 2011

LAMUNAN DI PANTAI

Petang ini
pantai aku kunjungi
kurindu hempasan ombak
aku rindu pandangan lautan yang luas
berjalan-jalan aku seorang diri
di persisiran pantai
di petang yang permai...

Sesekali ombak mencuit kakiku
meninggalkan buihan yang memutih
menyelimuti kaki dan perlahan hilang
aku merasa kelembutan sentuhan
serta desir angin yang mendinginkan..

Ermm..suatu waktu
aku pernah menyaksikan hempasan ombak
di sisi cinta di samping rindu
kini semua tinggal kenangan
semua pergi bersama kesah silam..

Sesekali bila sang ombak menghempas pantai
mengejutkan aku dari lamunan
bahawa indahnya kenangan
tidak pernah bisa kuulang
tercuit ..tersentuh kini hati kecilku
pada kenangan manis dahulu...

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[12/8/2011]