Aug 22, 2011

TENANG DENGANMU

Pertama kali kuterpandang
seraut wajah bersama senyuman
orangnya kelihatan tenang
rasa hati ingin berteman
walau maya hanya persinggahan..

Dan bila sudah tercipta bicara
tenangnya hati mula terasa
damai jiwa mula mengusik sukma
setiap bicara tenang bersahaja..

Biar selamanya bersama tenang
dalam kita teman berteman
kerna ia satu keindahan
untuk mengeratkan tali perhubungan..

Untuk dia
terimalah kehadiranku seadanya
kerana segalanya telah bermula
sejak kita mula berbicara
semoga kekal selamanya
ketenangan hati ..di jiwa berdua..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[22/8/2011]