Aug 20, 2011

RINDUKU RINDUMU

Kau dan aku
sedang di lambung ombak rindu
sedang melayari cinta yang satu
sedang hanyut di bawa arus rindu
bila berjauhan hati kian sayu
ingin bersama ingin bersatu..

Rinduku kini telah menjadi rindumu
bagiku kau tiada pernah ku rasa jemu
tetap menanti saat-saat untuk bertemu
bila bertentang mata di suatu waktu
tentu aku yang tertunduk malu..

Semakin hari rindu semakin terasa
rasa cinta kian menebal di dada
di hatiku cuma ada engkau sahaja
yang ku damba yang ku puja sentiasa..

Kekasih,
rinduku adalah rindumu
nanti kau tunggulah aku
untuk bersatu
di bawah rambulan yang satu
kerna cinta kita pasti akan bersatu
kerna rindumu adalah rinduku..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..