Aug 31, 2011

LAMBAIAN TERAKHIR RAMADHAN

Awan ...telah berarak sayu
langit.. kini mendung kelabu
lautan .. mula beralunan perlahan
seluruh alam semesta ..telah faham..
bahawa ramadhan..
akan pergi...dan rindu pada-Mu.. Ya Rabbi...
agar ramadhan.. berulang lagi...

Engkau ..semakin melambai sepi
kesayuan malam..terbawa hingga ke pagi
pilu hati..menginsafi diri..
jiwa melangkah sepi..perlahan..
pandangan..menunduk lesu..takut-takut nanti..
tiada kesempatan..menemui Ramadhan lagi..

Keinsafan..atas kekerdilan..
sebagai makhluk tuhan..
dosa-dosa yang berpanjangan..
moga tidak akan terulang..

Resah sering membungkam di diri..
dari terbitnya mentari pagi hinggalah ke malam..
tiap jasad masih berada di antara dua..
mahu hilang dalam keredhaan Dia..
atau masih lagi mahu leka..
janganlah lagi mencipta dosa..
jangan cuba mencari petaka..

Lambaian terakhirmu.. ramadhan..
airmata jatuh bertetesan..
kerana.. sebagai seorang insan..
biarlah satu yang diharapkan..
agar semua dosa diampunkan..
selagi hayat dikandung badan..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[28/8/2011]