Aug 20, 2011

AKUR

Demi satu bicara
yang ada hati yang rajin
yang ada jiwa yang tekun
lalu memaksa jemari meluah
menghambur kata-kata
terus di tabur merata..

Air yang bukan untuk menyiram
bening yang bukan lagi menjernih
yang diungkap tetap tertera
walau sering di pandang sebelah mata
nyata bukan lagi dalam rahsia..

Dan engkau
aku mahu saja aku hampiri
untuk aku bersatu denganmu
dalam cahaya yang jernih
hingga aku ingin larut
dan terus sebati
hingga engkau aku pandang aku..

Tetapi aku tetap akur
bahawa bahasaku tidaklah indah
kerna aku bukan sasterawan
yang bijak menyusun kata
hingga semua
tidak mampu berkata apa-apa
selain terpegun..selain kagum..

Jadi akurlah aku
di dalam aku..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[28/7/2011]