Aug 20, 2011

SIAPALAH KITA

Telah kulihat langit yang terbentang luas
telah kulihat lautan yang membiru
telah kuhayati semesta alam
telah kulihat kehidupan dan kematian
lalu aku merasa betapa kerdilnya diri
kalau dunia ini akan hancur nanti
dan kepada Illahi semua akan kembali..

Siapalah kita berbanding Dia
tak usahlah kita mendabik dada
jika sekelumit nyawa dipinjam cuma
sedang daya untuk kekal selamanya milik Dia..

Bila nanti kita menyedari
bersamalah kesalahan kita sedari
nanti bila mengadap Illahi
tiada lagi pergi bersama kelam diri
sesungguhnya mati itu pasti
dan semuanya akan kembali
sedarilah wahai saudara saudari
bahawa..siapalah kita ini
berbanding Dia Yang Maha Pengasih..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[10/8/2011]