Aug 20, 2011

AKU DAN MASA

Aku,
suatu masa pastikan terdetik
bahawa bicara hati tidak mahu lagi pahit
walau senyumku kini senyap
pada lirik mata yang merayap
dalam diam yang terus gelap..

Masa,
kini makin pergi beredar
umpama bumi yang tiada henti berputar
bila aku mendongak ke atas
ingin aku terbang ke langit
menyapu awanan kelabu
agar kembalikan saat-saat indahku..

Aku dan masa,
tidak pernah terpisah dua
walau pudar warna dimamah usia
pada hari yang pergi berlalu
tidak sesekali terhilang olehku
saat dan waktu yang pergi berlalu
kerana semuanya akan menghadirkan rindu
di sudut kalbu..walau sering disingkir olehku..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[4/8/2011]