Aug 20, 2011

PAGIKU INDAH

Bila kulihat mentari tersenyum
sepiku menyisih pergi
keindahan pagiku mula kembali
kulemparkan senyum
pada bisik-bisik dingin bayu pagi
pada cerah sinar mentari...

Kisah semalam telah kulupa
hari ini hatiku ceria
menghadap diri pada esok
yang melambai pada janji syahdu
bahawa aku akan meninggalkan pilu
dan tiada lagi tangis sendu
pada hari-hariku yang baru..

Engkau kekasih
walau sekian lama menyisih
tidak membuatku terus tersimpuh
pada cinta semalam yang rapuh
kerna pagi ini cukup indah
untuk aku terus pasrah
untuk satu hari baru yang indah..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[14/8/2011]