Aug 20, 2011

TADI SEBENTAR

Tadi sebentar
aku sedang merenung senja
di tepian pantai
di lautan yang semakin hilang biru
hanya kerna senja makin menghampiri aku..

Tiba-tiba aku terbayang
yang hanya dalam angan
bahawa engkau dan aku sedang
bertaup tangan merentas senja
bersama sang bayu lalu
yang melambai manja
ke raut wajahmu dan wajahku..

Hrmmm...ternyata di sana sini
jika adanya aku
pasti ada bayang kamu sayang..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..