Aug 31, 2011

SALAM BUAT KEKASIH

Dari kejauhan ini
ingin ku kirimkan salam cinta
dan salam rindu
buatmu kekasihku..

Saat Hari Raya menjelang tiba
rindu semakin menebal di dada
serasa tidak sempurna bergembira
dihari yang mulia
tanpamu yang tercinta..

Walau dikejauhan sana
rindu padamu tetap tersirna
dalam hayal yang menyinar
rindu padamu ..
akan kubawa kemana-mana..

Kekasih..
engkau akan sentiasa kuingat
kerana cinta kepadamu
sentiasa membara dan menyengat
akulah yang setia
untuk satu cintamu yang kudamba..

Salam..dan Selamat Hari Raya..
buatmu...kekasih...

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[27/8/2011]