Aug 20, 2011

SEKADAR RENUNGAN

Sewaktu aku di Bazar Ramadhan
di damai senja yang mengasyikkan
berasakkan insan membeli juadah bekalan
untuk berbuka bersama keluarga dan rakan taulan..

Terfikir aku terhadap manusia yang di dalam kedukaan
yang sentiasa dalam lingkungan kesempitan dan kemiskinan
itulah insan-insan malang yang mendukacitakan
menangis anak-anak kecil menahan kelaparan..

Kelaparan mereka bukan sekali setahun
akan tetapi hari-hari yang dimamah tahun
kematian adalah kebiasaan yang berlimpangan
menghadapi hidup yang dirundung kelaparan..

Alangkah malang nasib mereka
berbanding kita yang di dalam limpahan nikmat-Nya
syukurilah segala pemberian-Nya
janganlah lupa untuk menghulurkan
pasti nanti kita semua akan diberi ganjaran..

Alhamdulillah...Insyaallah..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[11/8/2011]