Aug 23, 2011

MERDEKAKAN HATI DAN JIWA

Kita..yang sebangsa dan seagama
merdekakan hati dan juga jiwa
bersatulah tanpa syak dan wasangka
untuk sesama islam sesama bangsa..

Kini..Negara kita sudah lama merdeka
tanya pula hati dan jiwa
adakah sudah merdeka dan terbuka
untuk keikhlasan persaudaraan seagama..

Pupuklah kecintaan..buangkan kemungkaran
yang bukan sahaja kepada Tuhan
malah sesama islam tanpa kedengkian
agar makmur aman hidup berpanjangan
hati juga akan dapat ketenangan..

Ingatlah jasa baik para pejuang
demi negara dan bangsa sanggup berkorban
apalagi kita sesama insan
merdekalah.. merdekakan hati dan perasaan
berpadu bersatulah.. atas satu nama ketulusan..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[22/8/2011]