Aug 20, 2011

KERINDUAN

Kerinduan dari hati yang dalam
sering saja hadir bertandang
walau tidak dijemput
menandakan rindu tidak pernah luput
walau jiwa cuba menyingkir
pada cinta yang sekian lama tersingkir...

Engkau,
sering sahaja membuatkanku berfikir
tentang wujudnya takdir
yang menemu dan memisah
antara cinta dan rindu
yang kini semakin menjauh
yang kian makin terpisah..

Kerinduan apa yang tercipta
hingga membutakan mata
pada kehadiran kasih yang penuh dusta
yang membawa khabaran hampa
namun aku terus alpa
kalau inilah pengakhirannya
sebuah cinta..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[14/8/2011]