Aug 20, 2011

BILA SENJA BERLABUH

Bila senja berlabuh..
tiada lagi aku mahu tangguh..
untuk berjalan pulang
dan duduk bersimpuh..
di satu sudut yang masih bersisa..
dari cerita-cerita dahulu..
dan aku masih menunggu
saat-saat manis berulang lagi..
kalau-kalau masih ada ruang untuk diri ini..
mengecapi keindahan rasa..
sebagaimana yang diimpikan jiwa..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[13/8/2011]