Aug 20, 2011

KEKASIHKU

Kekasih..
senja sudah mahu berlabuh
mentari sudah mahu terbenam
aku masih di sini..masih begini
dalam sepi..dalam sunyi
tanpa engkau
secara spontan menyanyi
untuk menghiburkan aku yang teringin
untuk melemparkan kebosanan jauh-jauh
dan melayarkan bahtera cinta
ketika dijatuhkan sauh..

Kemari kekasih..jangan lagi menjauh..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..