Aug 20, 2011

RESAH MALAM

Malam tadi
lenaku cuma beralaskan batu
yang aku rasa ..cuma sejuk kedinginan
kerna lenaku diulit gigil
berselimutkan deruan sang bayu
dedaun sedang menadah titis-titis jernih air
yang mengalir di celahan genang airmata..

Dedaun yang melambai seakan faham
bahawa ada hati yang sedang kegelisahan
bahawa ada jiwa yang sedang kebingungan
lalu rerumput mula tumbuh melata
di atas batu yang mula berkaca
seakan menahan diriku dari meronta
dalam dingin malam yang menghiba..

Bila mata mula terpejam
kedengaran sang unggas berkicauan
lalu aku nampak bebayang
bahawa ada tangan yang melambaiku pulang
bagaimana harus aku fikirkan
kerna di rimba cintaku menghilang
mungkin aku di genggam kemas dakap bayang
yang merangkul ketat..tak terlepas..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..