Sep 8, 2011

UNTUKMU CINTA YANG MASIH RAHSIA

Untukmu cinta..yang masih menjadi rahsia
ingin aku taup jari jemari kasih dalam kesamarannya
dan seiring berjalan di bawah luruhan bunga-bunga
tapi engkau di mana..
mungkin masih bersembunyi di belakang tabir-Nya..

Rahsiaku..bukanlah rahsia-Mu..
kalau cinta itu kamu..jangan sesekali menjauh
aku sudah letih mengembara
kerana di alam-Mu aku adalah hamba
yang tidak mampu mencari rahsia cinta..
selain dari redha..

Aku yang daif sebagai peminta
tidak akan pernah berhenti mengintai cinta-Mu
nanti sambutlah aku sebagai tamu
setelah terungkai rahsia-Mu..kita pastikan bertemu..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[8/9/2011]