Sep 2, 2011

AKU DAN SURATAN

Andai aku adalah cinta
akan aku mencintai kesejatian
andai aku adalah rindu
akan aku merindui ketulusan
andai aku adalah kasih
akan aku mengasihi kesetiaan...

Engkau, seharusnya faham
apa yang tersirat pada suratan
bahawa cinta
berkehendakkan persefahaman
dan rindu bukan lagi berupa dendam
walau sepi sering hadir mencengkam..

Aku pasrah..
jika aku sering sahaja didera rindu
atas nama kesetiaan cinta yang satu
walau kesejatian kasihku
masih membaldu
terkadang kasih sayangku
cuma mampu membisu
membuatkan hati menjadi sekeras batu
menghadapi kesabaran pada dugaan waktu..

Namun aku sudah terbiasa..
kerana cintaku sering dipersenda...

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[3/9/2011]