Sep 5, 2011

KULEWATI MALAM BERSAMA KEKASIH

~**~ Malam tadi..
kau hamparkan aku permaidani cinta
untuk kulelap..
engkau selimuti aku dengan kasih nan mesra
aku bertilamkan rindu yang membara
yang mengulitku pula
adalah kucupan kasih yang menyala..

Sedar-sedar ..
pagiku..masih dalam pelukan manja
..dalam sentuhan hembusan bayu cinta
yang menyejukkan jiwa
aku seolah-olah tidak mahu bangkit..
setelah malam tadi lenaku telah diulit..~**~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[5/9/2011]