Sep 5, 2011

HANYA PADA-NYA

Di hamparan rerumput yang menghijau
embun pagi menitis..pada dedaunan melambai
sejuk..dingin..menggigil keseorangan di rantau
hati merayau..jiwa terus kacau..jauh dari belai..
sedar-sedar diri masih dalam igau..
pada kebesaran-Nya jua kita tersedar..

Alam..sering sahaja rela
menerima sejuk panas..ribut taufan sehingga reda
walau dedaunan satu persatu jatuh berguguran
pada gundah musim luruh..di musim salji berguguran jatuh
namun cinta pada pencipta tetap utuh..

Sematkan kekuatan..walau badai melanda
hanya sujud pada-Mu jua..pada Dia yang Maya Kaya
tempat mengadu..kala derita di hujung senja
agar malam yang tiba..hati dan jiwa tiada hiba
kerna Dia tetap setia..mendampingi kita..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[4/8/2011]